Assalamualaikum..
Sekian lama menyepi tanpa coretan, aku kembali..
Kadang-kadang terlintas difikiran..
Aku perlukan perubahan...
Ya..aku sendiri perlu berubah...
Persoalannya...perlukah kita berubah?..
Apa yang perlu diubah?..
Ya, jika perubahan itu mampu mampu memberikan keuntungan kepada kita, mengapa tidak?..
Itu jawapan yang selalu diberikan..
Jawapanku begini...
Ya..tidak salah untuk berubah..Tapi...
Fikirkan apa kesan perubahan yang akan dilakukan itu..
Kesan negatifnya..apatah lagi kesan yang positif..
Mampukah perubahan itu menjadikan keadaan lebih baik?..
Sangat terukkah situasi semasa yang mahu diubah?..
Yakinkah kita dengan perubahan yang mahu dilakukan?..
Jadi?..
Fikir-fikirkan..
Perlukah kita berubah?..
Jawapan itu tidak boleh dijawab orang lain..
Hanya kita yang mampu menjawabnya..
Keputusan akhir terletak ditangan kita sendiri...
Akal yg diberi perlu kita gunakan dalam menghakimi..
Ya..mungkin kita salah dalam membuat keputusan..
Tapi sekurang-kurangnya kita berfikir dahulu..
Selanjutnya kita serahkan kepada yang maha Esa..
Semoga perubahan yang kita mahu lakukan itu tepat (jika kita mahu berubah)..
Allah jua yang maha mengetahui baik dan buruk sersuatu perkara akhirnya...
......................................................................................................................................................
Sebelum terlupa..Perlawanan akhir Piala FA malam ini
Johor Darul Takzim melawan Kelantan
Siapa juara agaknya?..
Pilihanku Selangor dan Negeri..
hahaha...
Selamat berjaya kepada kedua2 pasukan..
Semoga dihindarkan dari segala bentuk musibah..
Memang menonton bola sepak menuntut emosi yg tinggi..
Namun ia harus dikawal..
Menyokong sepatutnya bukanlah membuat kacau dan mencari gaduh..
Penyokong yang sejati akan tetap menyokong walau pasukan mereka rebah..
Bak kata pujangga sukan..
Jangan bersorak ketika menang, jika tidak mampu menyokong ketika kalah..
Sekian..
Wassalam..(^_^)
No comments:
Post a Comment